Monday, 16 February 2015

Wantan Hor Chinese Style

First of all, we need to prepare the ingredients:

400g flat noodle (hor fun)
2 squid, cleaned and cut
1/2 tbsp dark soy sauce
100g chicken meat
1tbsp light soy sauce
4 clove garlic, crushed
1 egg
50g green mustard(choy sum), chopped
3 tbsp cornflour 2 tbsp water to make mixture
10 prawn, cleaned and peeled
500ml chicken stock
1 tbsp sesame oil
Salt to taste

How to make Wat Tan Hor Fun:

heat up the wok, add in 2 tbsp oil and fry ½ tbsp crushed garlic till fragrant.

Add in hor fun, dark soy sauce and light soy sauce, stir fry quickly over high heat till mix well.

Remove heat, set aside in a serving plate.

Using high heat, add in sesame oil to the fried oil, fry the remaining garlic till fragrant, then add in chicken meat, prawn and squid, stir fry for 1 minute.

stir-fry over high heat

Add in the chicken stock, bring to boil, put in green mustard, mix well, then slowly pour in the cornflour mixture and stir well to form a thick gravy.

Add salt to taste, beat in the egg and remove heat. Stir till the egg mix well with the gravy.

Pour the egg gravy on top of the fried hor fun. Served hot with chopped bird eye chilies.

Monday, 9 February 2015

Tips Elakkan Bayi Sakit Kuning Seawal Kehamilan

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
Tiada Lagi Letih & Lesu Semasa Hamil
Set Ibu Hamil

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Saturday, 7 February 2015

Ikan Bawal Masak Taucu

Last time masak resepi ikan masak taucu ni cik hubby makan dengan seleranya.. so kali ni aisyah nak share sikit resepi ni..

BAHAN-BAHAN

3 ekor ikan bawal (atau ikan pilihan anda)
1 camca besar taucu
1 cawan air (atau secukupnya)
1 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang cili merah - dihiris
1/2 inch halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris kasar utk hiasan
 

CARA-CARANYA

1. Ikan dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum dan keperangan

3. Masukkan taucu dan masak hingga mendidih

4. Setelah mendidih, masukkan ikan.
Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Sedia dihidangkan bersama nasi putih. .. makan panas-panas memang menyelerakan !! Paling sedap kalau makan ngan bubur nasi.

SELAMAT MENCUBA!! :)

Wednesday, 4 February 2015

Khasiat Ayat Kursi.


Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

 

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

 

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasullullah S.A.W segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, In sha Allah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, In Sha Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka In Sha Allah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka In Sha Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, In Sha Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an.)


1001 Kelebihan Surah Yasin Dalam Kehidupan

Ayat 1-9 : doa untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Doa untuk melindungi diri sama ada lindungi drpd orang jahat spt orang kafir. Kalau nak lindungi rumah daripada pencuri,baca ayat ni dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ia boleh juga melindungi diri drpd dianiayai dan beri perlindungan ketika tidur. Caranya : Baca ayat ini,Surah Al-Fatihah,Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan ayat Kursi.

Ayat 12 : Ayat ini merupakan jantung Surah Yasin dan Rasulullah sangat berharap semua umat Islam menghafal ayat ini.

Ayat 13-35 : Ayat-ayat ini mengisahkan tentang orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22-23 : Ayat ini digunakan untuk menjaga aqidah dan boleh juga dijadikan doa untuk hidayah kepada anak-anak kita nanti.

Ayat 29 : Ayat ini boleh dijadikan amalan sebagai pelindung diri untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan menjadi mangsa kejahatan mulut orang. ia juga digunakan jika kita merasakan ada orang menfitnah atau menganiayai kita. Lebih afdal jika selepas kita membacanya,kita semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 : Untuk memupuk keinsafan. Kita memohon agar dipertemukan dengan Allah dan semoga Allah sentiasa berada di hati.

Ayat 32 : Ayat ini boleh melembutkan dan menginsafkan hati orang lain. Kita sentiasa perlu saling mengingatkan bahawa segalanya datang drpd Allah dan kita merupakan umat nabi Muhammad SAW.

Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi yang suka berkebun dan bercucuk tanam. Insya Allah,tanaman akan menjadi subur.

Ayat 36 : ayat ini menerangkan tentang Sunnatullah iaitu setiap makhluk dan kejadian dijadikan secara berpasang-pasangan. ayat ini elok diamalkan bagi orang yang belum berkahwin dan belum mempunyai jodoh. Caranya : baca ayat ini 7 kali dan tiupdi dalam tadadah tangan serta menyebut "Al-Wadud" sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan ke muka.Amalkan setiap pagi.

Ayat 37 : Ayat yang diamalkan untuk menetapkan hati iaitu akidah diri. Doa ini juga boleh menyuburkan semula hati yang kering dengan makanan rohani.

Ayat 38 : Ayat yang mengisahkan bahawa bulan dan matahari juga bersujud kepada Allah SWT

Ayat 39 : Mengusahkan tentang ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan bahawa Allah SWT Maha Esa = satu.

Ayat 41 : mengisahkan tentang Nabi Nuh menaiki kapal. Ayat ini elok dibaca ketika menaiki kenderaan

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia. Ayat ini dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48 : Ayat yang menceritakan tentang kedegilan orang kafir kepada Allah SWT.

Ayat 49 : Ayat yang menceritakan tentang Hari Akhirat dan kehidupannya.

Ayat 50 : menyatakan bahawa semua orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Ayat yang merupakan salam daripada Allah SWT. Jika kita sakit kepala,baca ayat ini dan sapukan ke atas kepala. Ulang sebanyak 3 kali. Jika sakit anggota, hati tidak tenang,baca sebanyak 7 kali dan gosok pada tempat yang sakit.

Ayat 76 : Dibaca untuk tenteramkan diri apabila difitnah,bila sedih,sebak atau kecewa. Caranya : baca sambil urut dada.

Ayat 78-79 : Ayat yang dikhaskan untuk sakit tulang,urat dan badan. Untuk dijadikan doa,baca dari maksud ayat "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal ia telah hancur?"(Ayat 78 dan 79). Baccalah jika sakit tulang,retak atau patah.

Ayat 82 : Untuk memohon hajat. Baca sebanyak 100 kali pada air dan minum selama 40 hari. ia juga boleh dijadikan penawar.Kita juga boleh melakukan solat Tahajud3 kali berturut2,baca ayat ini pada air 100 kali dan berdoa apa saha yang dihajati.

Tuesday, 3 February 2015

Apakah maksud Nauzubillahi min zalik?

Apakah maksud Nauzubillahi min zalik?

Buat pengetahuan Anda ungkapan itu asalnya daripada kalimah Bahasa Arab, ia ditulis begini:

نعوذ بالله من ذلك

Jadi ditulis di dalam abjad rumi “nauzu billahi min zalik” yang membawa maksud:

“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Jika merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-Empat pula di muka surat 1073, nauzubillah atau nauzubillahi bermaksud kita berlindung dengan bantuan Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita).

Ungkapan ini selalunya kita dengari dan disebut oleh ustaz-ustaz di dalam ceramah, seperti ketika memberi contoh perlakuan orang yang tidak senonoh, jadi mengucapkan ungkapan “Nauzubillah min zalik” yakni “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut” atau dengan ayat mudah faham, kami berlindung dengan Allah daripada terikut-ikut perlakuan buruk itu.

Ataupun ketika menceritakan tentang bencana yang menimpa sesuatu kaum dan tempat, diucapkan ungkapan “Nauzubillah min zalik” sebagai doa agar Allah lindungi kita daripada terkena bencana seperti yang menimpa kaum itu.

Ungkapan dan makna nauzubillah min zalik ini digunakan di akhir bicara umpama doa menolak bala.

Ok,  Semoga bermanfaat. Wassalam.